It's All About You Domino's Pizza

by - 7:32 PTG

Salam you all. Disebabkan kempen It's All About You ini membuatkan aku dan Zumal tergoda nak makan pizza Domino's yang lazat tu. Kalau korang nak tahu minggu lepas je 2 kali Zumal order Domino's ni.
Tengah tunggu kat kaunter
Zumal yang  order Domino's Pizza tu secara online jer lepas tu take out kat Domino's Pizza cawangan Kangar.
Selain pizza di Domino's Pizza ada pelbagai menu untuk side order dari roti hingga ke pasta.


dinner kami


Masa order hari tu Zumal beli regular pizza Extravaganza, Breadstix dan air pilihan Zumal ialah Pepsi. Aku tau dia dengan Pepsi berpisah tiada weh.


Aku dan Zumal


Lapar ler tu


Masa ni kami makan malam. Untuk pengetahuan korang lepas Zumal order online tu dia dapat pulak kupon pizza free. Jadi 2 hari lepas tu dia order pulak Domino's Pizza tapi kali ni untuk minum petang pulak.


pizza


Untuk kali kedua order dia pilih 2 pizza personal iaitu Aloha Chicken dan Chicken Pepperoni dan Breadstix. Aku suka sangat Breadstix. Di Domino's Pizza setiap kali membeli pasti korang akan terima hadiah kupon untuk tebus pizza ataupun bread percuma selain kupon-kupon diskaun. Itu la tanda Domino's amat menghargai para pelanggannya. Memang kena dengan kempen It's All About You kerana Domino's Pizza sangat menjaga pelanggannya supaya sentiasa terpaut pada Domino's Pizza.

Jom aku nak share kat korang sedikit sejarah Domino's Pizza. Korang nak tahu pada tahun 1997, Tom Monaghan, pengasas Domino's Pizza Inc secara rasmi melancarkan Domino's Pizza Malaysia. Store Domino's Pizza pertama ialah di USJ. Masa tu ada 15 orang staff jer. Kemudian tahun 1999, store pertama di Johor pula dibuka. Pada tahun yang sama toll free number untuk delivery dilancarkan. Kemudian Domino's Pizza berkembang ke Penang dan store pertama dibuka pada tahun 2001.

Tahun demi tahun pelbagai pembaharuan dan peningkatan dijalankan oleh Domino's Pizza hanya untuk korang, It's All About You. Sebab itulah Domino's Pizza sentiasa di hati kami.

Domino's Pizza


Untuk ketahui lebih lanjut tentang promosi dan kempen It's All About You ini, korang boleh layari www.dominos.com.my/itsallaboutyou

You May Also Like

0 ulasan